Pages

Monday 2 June 2014

SAMBUTAN HARI GURU DAN PELANCARAN PORTAL RASMI SK KESAPANG DALAM UTUSAN BORNEO



SAMBUTAN HARI GURU 2014 DAN PELANCARAN PORTAL RASMI SK KESAPANG.

Mengambil semangat tema guru tahun ini GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI, Sek, Keb. Kesapang telah mengambil langkah mendahului sekolah-sekolah rendah lain di daerah Kota belud, dengan bertindak melancarkan PORTAL RASMI SEK KEB KESAPANG yang disempurnakan oleh Guru Besar, Pn Aminah Hj Ismail dalam majlis gilang gemilang Sambutan Hari Guru di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan. PORTAL RASMI Sek Keb Kesapang adalah merupakan laman rasmi sekolah berkenaan yang merakamkan segala maklumat dan aktiviti sekolah . Laman ini boleh dilayari melalui alamat www. Skkesapang. Blogsopt.com. 

Terdahulu dalam ucapan pelancaran portal berkenaan, Pn Aminah hj Ismail melahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada guru-guru Sk Kesapang yang menunjukkan komitmen dan kesepakatan tinggi dalam merealisasikan apa juga aktiviti sekolah sebagai menyahut seruan KPM merealisasikan agenda pendidikan Negara. Sambil mengingatkan tugas guru kian mencabar dengan adanya pelbagai ragam dugaan diluar sana, beliau juga melahirkan harapan agar, budaya mengharagi jasa guru dapat diteruskan. Dengan adanya PORTAL ini katanya, akan memudahkan masyarakat setempat menilai dan mengikuti setiap inci aktiviti dan program sekolah. Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Sufian Asmara yang membangunkan PORTAL berkenaan, bersama dengan Cikgu Bahari Hj Said dan Ustaz ZulHafiz Deraman. 

Sementara itu dalam ucapan perasmian Sambutan Hari Guru, YDP PIBG En Masud Nanang meningatkan betapa jasa dan bakti guru itu wajar dihargai oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak sehingga Berjaya. Antara yang hadir dalam majlis berkenaan ialah YDP PIBG, GURU BESAR Sk Kaguraan, En. Hamdan, guru-guru , para ibu bapa, ketua kampong, pengerusi JKKK dan Imam.

sumber: Utusan Borneo 31.Mei.2014

0 comments:

Post a Comment