Pages

Monday 23 June 2014

PENGAJARAN PEMBELAJARAN PERLU MAMPU MELAHIRKAN INSAN BERKUALITI- DATUK JAME ALIP



Dalam mencermerlangkan sistem pendidikan dan menghasilkan insan berkualiti melalui pengajaran dan pembelajaran tidak harus dipandang ringan dan dilaksanakan sambil lewa sahaja.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip, berkata sebaliknya ia harus dilaksanakan sepenuh dan seikhlas jiwa agar insan yang terbentuk itu berjiwa murni dan berguna kepada agama dan bangsa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis pelancaran program sekolah BAND 4,5,6 dan 7 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJKC Negeri Sabah di bawah program bersama Komuniti SPS di SJKC Yuk Yin di Keningau pada Jumaat.

Katanya, ini selaras dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam anjakan ke-9 menuntut supaya hubungan kerjasama warga pendidik dengan pihak komuniti dan swasta dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa supaya pelaksanaan pelbagai aktiviti pendidikan mencapai matlamatnya dan menjadikan lebih berkesan dan efektif.

Selain itu katanya, usaha sama ini sudah pasti akan menjadi asas kukuh kepada pembentukan generasi yang bersatu padu, mempunyai semangat toleransi dan bekerjasama yang mantap dikalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini tanpa ada yang merasa terabai dalam arus pembangunan negara khususnya dalam bidang pendidikan.

“Dalam konteks ini Jabatan Pendidikan Negeri Sabah JPNS sentiasa prihatin dan tidak pernah mengabaikan perkembangan dan pembangunan sekolah-sekolah aliran Bahasa Cina dinegeri ini.JPNS di bawah program bersama komuniti SPS telah berjaya meningkatkan pelbagai kerjasama yang telah dpat memberi manfaat kepada murid-murid dan sekolah-sekolah di negeri ini,” katanya.

Pada masa sama, Jame juga turut berterima kasih kepada pihak Persatuan Jawatankuasa Pengurusan SJKC Sabah yang menyumbang sejumlah RM200,000 pada tahun ini secara berperingkat kepada sekolah-sekolah sasaran, di peringkat awal sejumlah RM 40,000 akan disumbangkan kepada sekolah-sekolah sasaran iaitu BAND 4,5 dan 6 SJKC Sabah.

Jelas beliau, persatuan ini juga akan menyumbangkan alat tulis dan beg sekolah yang berkualiti kepada 100 orang murid berkeperluan zon pedalaman. Tambahnya lagi, kerjasama yang erat antara pihak Persatuan Jawatankuasa Pengurusan SJKC Sabah dengan kakitangan JPNS seumpama ini harus diteruskan pada masa akan datang.

Selain itu katanya, perkhidmatan awam dinegara kita kini sedang melalui satu proses tranformasi untuk disesuaikan dengan keperluan dan kehendak rakyat serta persekitaran global cabaran ini perlu ditempuhi dengan sikap berlapang dan usaha penyesuaian perlu kita laksanakan bagi memastikan penyampaian sektor awam terus releven dan berdaya maju.

0 comments:

Post a Comment