Pages

Sunday 29 June 2014

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1435H 2014M

Semua warga Sk Kesapang mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 1435H kepada semua pengunjung Portal Rasmi Sk Kesapang ini. Semoga di bulan mulia ini, kehidupan kita semua akan diberkati.

SK KESAPANG JOHAN "ACTION SONG" PERINGKAT ZON


SK Kesapang menjadi johan pertandingan "Action Song"peringkat Zon Utara dalam Karnival  Bahasa Inggeris yang diadakan pada 26.Jun .2014.  Manakala bagi acara "Story Telling", Sk Kesapang mendapat tempat kedua, Public Speaking dan Poetry- tempat ketiga.

SK KESAPANG MENYERTAI KARNIVAL ANTI DADAH PERINGKAT DAERAH

SK Kesapang menyertai karnival anti dadah peringkat daerah. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti mewarna dan mendeklamasi sajak. Guru Pengiring, En Kasdi Adarin dalam kenyataannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penolong Kanan HEM, Cik Jilan Jamlin yang membawa murid ke tempat pertandingan dan juga kepada Pn. Mazida yang melatih murid mendeklamasikan sajak. Sementara itu, Guru Besar Sk Kesapang, Pn Aminah Hj Ismail turut melahirkan rasa terima kasih kepada guru-guru Sk Kesapang yang terlibat menyertai karnival tersebut. Sambil menyatakan kegembiraan, beliau juga yakin murid-murid Sk Kesapang mampu diketengahkan setaraf dengan murid-murid lain di daerah Kota Belud.

Monday 23 June 2014

HARI BERTEMU PELANGGAN 2014 (PELAPORAN DAN PEMUFAKATAN IBUBAPA)


“Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya terlebih dahulu”. Alex Osborn

24.06.2014 hari Selasa, Sk Kesapang telah mengadakan Hari Bertemu pelanggan ( Pelaporan  & pemuafakatan ibu bapa) bermula jam 7.20 pagi sehingga jam 1.10 petang. Ibu bapa/ penjaga murid berpeluang menemui guru-guru kelas dimana anak-anak mereka belajar untuk mengambil keputusan peperiksaan Semestar 1 dan seterusnya dapat bersemuka dengan guru-guru kelas , berbincang dan mengetahui prestasi atau pencapaian anak-anak mereka dalam pelajaran.

PENGAJARAN PEMBELAJARAN PERLU MAMPU MELAHIRKAN INSAN BERKUALITI- DATUK JAME ALIP



Dalam mencermerlangkan sistem pendidikan dan menghasilkan insan berkualiti melalui pengajaran dan pembelajaran tidak harus dipandang ringan dan dilaksanakan sambil lewa sahaja.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip, berkata sebaliknya ia harus dilaksanakan sepenuh dan seikhlas jiwa agar insan yang terbentuk itu berjiwa murni dan berguna kepada agama dan bangsa.

Sunday 22 June 2014

SUKAN SEKOLAH 2014

Sukan tahunan sekolah telah diadakan pada 18.06 hingga 19.06.2014. Bersamaan hari Rabu dan Khamis.Sukan sekolah yang diadakan selama dua hari berturut-turut ini adalah merupakan acara tahunan sekolah. Pada tahun ini acara perasmian pembukaan di sempurnakan oleh Guru Besar Sk Kesapang, Pn Aminah Hj Ismail . Manakala acara penutupan sukan pula di rasmikan oleh YDP PIBG, En Masud Nanang.

Thursday 5 June 2014

GURU PERLU KREATIF DAN INOVATIF



GURU harus melengkapkan persediaan dengan ilmu pengetahuan yang luas mencakupi pelbagai bidang dan perlu berani melakukan perubahan ke arah kreativiti serta inovasi bersesuaian dengan tema sambutan Hari Guru kali ke-43 tahun ini iaitu Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, keperluan tersebut bersesuaian dengan perubahan bidang pendidikan masa kini yang memerlukan guru kreatif dan inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran efektif seterusnya melahirkan produk berkualiti.

Monday 2 June 2014

SAMBUTAN HARI GURU DAN PELANCARAN PORTAL RASMI SK KESAPANG DALAM UTUSAN BORNEO



SAMBUTAN HARI GURU 2014 DAN PELANCARAN PORTAL RASMI SK KESAPANG.

Mengambil semangat tema guru tahun ini GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI, Sek, Keb. Kesapang telah mengambil langkah mendahului sekolah-sekolah rendah lain di daerah Kota belud, dengan bertindak melancarkan PORTAL RASMI SEK KEB KESAPANG yang disempurnakan oleh Guru Besar, Pn Aminah Hj Ismail dalam majlis gilang gemilang Sambutan Hari Guru di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan. PORTAL RASMI Sek Keb Kesapang adalah merupakan laman rasmi sekolah berkenaan yang merakamkan segala maklumat dan aktiviti sekolah . Laman ini boleh dilayari melalui alamat www. Skkesapang. Blogsopt.com. 

Sunday 1 June 2014

KURIKULUM BAHARU MULAI 2016



KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara.



Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.