Pages

Wednesday 3 September 2014

Friday 22 August 2014

Thursday 14 August 2014

BICARA BERIRAMA PERINGKAT BAHAGIAN

TARIKH : 14 .OGOS.2014
TEMPAT : SMK ARSHAD KOTA BELUD

PENCAPAIAN : SK KESAPANG MENDAPAT TEMPAT KEDUA.

Tuesday 5 August 2014

TAKLIMAT SKPM PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH             : 5 OGOS.2014
MASA                 : 10 PAGI
TEMPAT            : PUSAT SUMBER SK KESAPANG

Sunday 20 July 2014

LAGU SEKOLAH

Megah berdiri SK Kesapang
Di bawah satu lambang
Disitu kita menimba ilmu
Supaya terus maju………


Sunday 29 June 2014

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1435H 2014M

Semua warga Sk Kesapang mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 1435H kepada semua pengunjung Portal Rasmi Sk Kesapang ini. Semoga di bulan mulia ini, kehidupan kita semua akan diberkati.

SK KESAPANG JOHAN "ACTION SONG" PERINGKAT ZON


SK Kesapang menjadi johan pertandingan "Action Song"peringkat Zon Utara dalam Karnival  Bahasa Inggeris yang diadakan pada 26.Jun .2014.  Manakala bagi acara "Story Telling", Sk Kesapang mendapat tempat kedua, Public Speaking dan Poetry- tempat ketiga.

SK KESAPANG MENYERTAI KARNIVAL ANTI DADAH PERINGKAT DAERAH

SK Kesapang menyertai karnival anti dadah peringkat daerah. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti mewarna dan mendeklamasi sajak. Guru Pengiring, En Kasdi Adarin dalam kenyataannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penolong Kanan HEM, Cik Jilan Jamlin yang membawa murid ke tempat pertandingan dan juga kepada Pn. Mazida yang melatih murid mendeklamasikan sajak. Sementara itu, Guru Besar Sk Kesapang, Pn Aminah Hj Ismail turut melahirkan rasa terima kasih kepada guru-guru Sk Kesapang yang terlibat menyertai karnival tersebut. Sambil menyatakan kegembiraan, beliau juga yakin murid-murid Sk Kesapang mampu diketengahkan setaraf dengan murid-murid lain di daerah Kota Belud.

Monday 23 June 2014

HARI BERTEMU PELANGGAN 2014 (PELAPORAN DAN PEMUFAKATAN IBUBAPA)


“Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya terlebih dahulu”. Alex Osborn

24.06.2014 hari Selasa, Sk Kesapang telah mengadakan Hari Bertemu pelanggan ( Pelaporan  & pemuafakatan ibu bapa) bermula jam 7.20 pagi sehingga jam 1.10 petang. Ibu bapa/ penjaga murid berpeluang menemui guru-guru kelas dimana anak-anak mereka belajar untuk mengambil keputusan peperiksaan Semestar 1 dan seterusnya dapat bersemuka dengan guru-guru kelas , berbincang dan mengetahui prestasi atau pencapaian anak-anak mereka dalam pelajaran.

PENGAJARAN PEMBELAJARAN PERLU MAMPU MELAHIRKAN INSAN BERKUALITI- DATUK JAME ALIP



Dalam mencermerlangkan sistem pendidikan dan menghasilkan insan berkualiti melalui pengajaran dan pembelajaran tidak harus dipandang ringan dan dilaksanakan sambil lewa sahaja.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip, berkata sebaliknya ia harus dilaksanakan sepenuh dan seikhlas jiwa agar insan yang terbentuk itu berjiwa murni dan berguna kepada agama dan bangsa.

Sunday 22 June 2014

SUKAN SEKOLAH 2014

Sukan tahunan sekolah telah diadakan pada 18.06 hingga 19.06.2014. Bersamaan hari Rabu dan Khamis.Sukan sekolah yang diadakan selama dua hari berturut-turut ini adalah merupakan acara tahunan sekolah. Pada tahun ini acara perasmian pembukaan di sempurnakan oleh Guru Besar Sk Kesapang, Pn Aminah Hj Ismail . Manakala acara penutupan sukan pula di rasmikan oleh YDP PIBG, En Masud Nanang.

Thursday 5 June 2014

GURU PERLU KREATIF DAN INOVATIF



GURU harus melengkapkan persediaan dengan ilmu pengetahuan yang luas mencakupi pelbagai bidang dan perlu berani melakukan perubahan ke arah kreativiti serta inovasi bersesuaian dengan tema sambutan Hari Guru kali ke-43 tahun ini iaitu Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, keperluan tersebut bersesuaian dengan perubahan bidang pendidikan masa kini yang memerlukan guru kreatif dan inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran efektif seterusnya melahirkan produk berkualiti.

Monday 2 June 2014

SAMBUTAN HARI GURU DAN PELANCARAN PORTAL RASMI SK KESAPANG DALAM UTUSAN BORNEO



SAMBUTAN HARI GURU 2014 DAN PELANCARAN PORTAL RASMI SK KESAPANG.

Mengambil semangat tema guru tahun ini GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI, Sek, Keb. Kesapang telah mengambil langkah mendahului sekolah-sekolah rendah lain di daerah Kota belud, dengan bertindak melancarkan PORTAL RASMI SEK KEB KESAPANG yang disempurnakan oleh Guru Besar, Pn Aminah Hj Ismail dalam majlis gilang gemilang Sambutan Hari Guru di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan. PORTAL RASMI Sek Keb Kesapang adalah merupakan laman rasmi sekolah berkenaan yang merakamkan segala maklumat dan aktiviti sekolah . Laman ini boleh dilayari melalui alamat www. Skkesapang. Blogsopt.com. 

Sunday 1 June 2014

KURIKULUM BAHARU MULAI 2016



KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara.



Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.

Saturday 31 May 2014

HARI KANTIN SEKOLAH 2014


HARI KANTIN diadakan pada 27.05.2014 iaitu sehari sebelum sekolah bercuti penggal pertengahan tahun. Antara objektif Hari Kantin ini ialah untuk menanamkan minat keusahawanan di kalangan murid-murid.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti, mengadakan jualan kelab dan persatuan, pertandingan bintang kecil, gerai cantik, khatam sifir dan pertandingan karaoke. Pada kali ini, Klinik kesihatan Jawi-Jawi turut serta mengadakan pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma. Hari Kantin ini dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah.

Friday 23 May 2014

KEM BESTARI SOLAT (KBS) 2014




Cgu Norasmah bersama murid yang menyertai KBS

Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Panitia Agama Islam Sk Kesapang telah melaksanakan Aktiviti ini  secara intensif dengan dibantu oleh guru-guru yang telah dipilih. KBS ini telah dijalankan pada 24.05.2014 (Sabtu)

SAMBUTAN HARI GURU 2014 SK KESAPANG MERIAH

MESYUARAT LINUS



Guru Besar, Pn Aminah sedang mempengerusikan mesyuarat.

Satu mesyuarat LINUS telah diadakan pada 21.05.2014 di bilik mesyuarat Sk Kesapang. Dihadiri oleh Guru Besar, PK1,penyalaras LINUS, dan guru-guru LINUS.

Agenda yang dibincangkan adalah berkaitan dengan keputusan ujian Saringan 1 dan tindakan serta program susulan yang akan dijalankan. Satu perjumpaan ibubapa murid LINUS akan diadakan pada 26.05.2014.

SAMBUTAN HARIJADI MURID PRASEKOLAH 2014

Satu kelainan Sambutan Harijadi kanak-kanak Prasekolah Sek.Keb. Kesapang pada tahun 2014 ialah dengan mengadakannya diluar bilik darjah. Guru Prasekolah Pn Jumiyatie Cacho memaklumkan sambutan harijadi ini dibuat bersama ibubapa kanak-kanak prasekolah. Dalam ucapan alu-aluan , Guru Besar SK Kesapang, mengharapkan dengan cara begini kanak-kanak akan lebih gembira dan bersemangat untuk hadir ke sekolah. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah PK KOKUM, Pn Jaliha Dullah, PK HEM, Cik Jilan Jamlin, guru-guru dan ibubapa .


Wednesday 14 May 2014

KURSUS DALAMAN PENAMBAHBAIKAN PBS

Guru-guru Sk Kesapang telah mengadakan kursus dalaman mengenai penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 14.05.2014 bertempat di Pusat media Sk Kesapang. Sesi taklimat dan ceramah disampaikan oleh Pegawai Meja PBS, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud, En Gaur Wahid. Kursus dalaman ini dihadiri oleh Guru Besar, Penolong-penolong kanan dan semua guru Sk Kesapang.

Sunday 11 May 2014

PEMANTAUAN SISC+ ( BAHASA) PPD KOTA BELUD

12/05/2014 - wakil Unit SISC+ PPD KOTA BELUD melakukan pemantuan fail panitia Bahasa. Kelihatan dua orang pegawai SIS+ PPD Kota Belud tn Maspah dan tn. Edward sedang berbincang dengan Pn. Aminah Hj Ismail, Guru Besar Sk Kesapang.

PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA PESERTA PERKHEMAHAN PERINGKAT NEGERI

PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA PESERTA PERKHEMAHAN PERINGKAT NEGERI



Perhimpunan Mingguan ( Isnin) - Guru Besar SK Kesapang, Pn Aminah Hj Ismail, menyampaikan sijil penyertaan kepada 4 orang murid peserta Perkhemahan Bina Insan diadakan di Kem Malanggang Kiulu, Tuaran. Seramai 4 orang pelajar SK Kesapang menyertai program ini dengan sorang guru pengiring.

1. Norshadillah Asnuh
2. Noor Syamimi Syazwani Mohd Suffian
3. Nur Syahirra Matsah
4. Nazwatul Nadila Azland

Guru Pengiring :

Cikgu Norasmah Hj Rashkin.

PROGRAM PERKHEMAHAN BINA INSAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI

SK KESAPANG, telah menyertai program Perkhemahan Bina Insan Sekolah Rendah Peringkat Negeri  pada 6/05/2014 hingga 9/05/2014 yang diadakan di Kem Malanggang Kiulu, Tuaran. Seramai 4 orang pelajar SK Kesapang menyertai program ini dengan sorang guru pengiring.

1. Norshadillah Asnuh
2. Noor Syamimi Syazwani Mohd Suffian
3. Nur Syahirra Matsah
4. Nazwatul Nadila Azland

Guru Pengiring :

Cikgu Norasmah Hj Rashkin.



Friday 9 May 2014

Wednesday 7 May 2014

LIRIK LAGU GURU MALAYSIA






Lirik Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan


JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2014

Jadual pembayaran gaji bagi tahun 2014.  :)


JADUAL DAN TARIKH PEMBAYARAN GAJI 2014 (KAKITANGAN AWAM)
BULAN
TARIKH
KETERANGAN
Januari
23 Januari 2014
Khamis
Tahun Baru Cina
31 Jan – 1 Feb 2014
Februari
25 Februari 2014
Selasa
Mac
25 Mac 2014
Selasa
April
24 April 2014
Khamis
Mei
22 Mei 2014
Khamis
Pesta Kaamatan
30 – 31 Mei 2014
Jun
25 Jun 2014
Rabu
Hari Gawai
1 – 2 Jun 2014
Julai
22 Julai 2014
Selasa
Hari Raya Puasa
28 – 29 Julai 2014
Ogos
25 Ogos 2014
Isnin
September
25 September 2014
Khamis
Oktober
16 Oktober 2014
Khamis
Deepavali
23 Oktober 2014
November
25 November 2014
Selasa
Disember
18 Disember 2014
Khamis
Hari Krismas
25 Disember 2014

Tuesday 6 May 2014

LENCANA SEKOLAH



LENCANA SEKOLAH


IJAZAH- ILMU 

GARIS MELINTANG – KEJUJURAN TANPA SEMPADAN

GARIS TENGAH - KESAMARATAAN


BULATAN 1 – KERJASAMA DAN KESUNGGUHAN

BULAN DAN BINTANG – AGAMA ISLAM

BULATAN 2 – KESEPAKATAN DAN PERPADUAN

GELANG - KECERGASAN

OBOR - BERSEMANGAT


BULATAN GASING – PUTARAN KEHIDUPAN


COGAN KATA

“RAJIN DAN BERUSAHA”.



TAFSIRAN LOGO SEKOLAH

1. Warna Merah melambangkan keberanian berusaha mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

2. Warna kuning adalah menggambarkan perpaduan dan keharmonian masyarakat

berbilang kaum.

3. Warna Hijau kesucian agama Islam.

4. Warna Putih melambangkan kebersihan dan kesucian jiwa dan cita-cita pelajar untuk

mencapai kehidupan yang benar-benar sempurna.

5. Warna Biru perpaduan guru, murid dan komuniti setempat