Pages

Tuesday 29 April 2014

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Sebelum wujudnya nama Kampung Kesapang, pada kira-kira tahun sekitar 1960an, kampung ini dipanggil Kampung Kerah atau Kampung Anam kerana terdapat sejenis rumput bernama kerah (dalam bahasa bajau). Rumput ini tumbuh dengan subur di merata kampung ini. Ia terletak kira-kira 6 batu dari Pekan Kota Belud mengikut jalan lama.

Menurut cerita ketua kampung, KK. Kunun Hj. Husin (42 tahun), Kampung Kesapang mendapat namanya dari Bukit Kesapang yang terletak lebih kurang 2km dari jalan raya. Pada zaman dahulu Bukit Kesapang sebagai tempat orang-orang Dusun Temapsuk menunggu kedatangan orang Dusun Telantang dari Kota Merudu.

Perkataan Sapang atau Sampang adalah dua perkataan yang membawa maksud menunggu atau menanti. Lama-kelamaan bukit itu dipanggial Bukit Kesapang kerana adanya kisah orang menunggu atau menati di bukit tersebut.

Terdapat banyak kesan-kesan sejarah / peninggalan kewujudan nama Kampung Kesapang ini di bukit tersebut. Oleh yang demikian wujudlah Kampung Kesapang yang meliputi batu 5 dan batu 6 mengikut jalan lama serta keluasan lebih kurang 500 hektar.

Kira-kira tahun 1966, Cikgu Muhiddin Hj. Abdul Rashid adalah orang pertama membuka sekolah terdapat di Kampung Kesapang. Sekolah ini bertempat di balairaya lama Kg. Kesapang berhampiran dengan rumah Tuan Hj. Dibang. Sambutan orang ramai atas penubuhan sekolah ini sangat menggalakkan sehingga akhirnya Kerajaan Negeri dan Jabatan Pendidikan bersetuju mendirikan sekolah rendah di kampung ini.

1967-G.P.S/SRK. Kesapang dibina dengan strukturnya sebuah kelas, sebuah tandas dan sebuah tangki dari simin. Pembinaan sekolah ini siap pada penghujung tahun 1967.

1968- Awal bulan Januari seramai 43 orang murid didaftar sebagai kumpulan pertama pendaftaran. Pada Febuari 1968 sekolah tersebut dibuka untuk memulakan persekolahan penggal pertama. Guru Besar ialah Hj. Mastun Hj. Abbas. Beliau adalah Guru Besar yang pertama di sekolah ini.

1970 - SK. Kesapang mendapat pertambahan bangunan baru iaitu sebuah banguanan sekolah, sebuah tangki air dan sebuah rumah guru.

1974 - Sebuah lagi banguan kelas mengandungi dua bilik darjah, sebuah bilik guru besar dan bilik guru-guru. Bilik Guru Besar dan bilik guru-guru kini telah dibuat Bilik Pusat Sumber Sekolah.

1984 - SK. Kesapang mendapat tambahan bangunan yang mengandungi empat bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar dan sebuah bilik dijadikan bilik guru-guru.

0 comments:

Post a Comment