HARI KANTIN diadakan pada 27.05.2014 iaitu sehari sebelum sekolah bercuti penggal pertengahan tahun. Antara objektif Hari Kantin ini ialah untuk menanamkan minat keusahawanan di kalangan murid-murid. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti, mengadakan jualan kelab dan persatuan, pertandingan bintang kecil, gerai cantik, khatam sifir dan pertandingan karaoke. Pada kali ini, Klinik kesihatan Jawi-Jawi turut serta mengadakan pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma. Hari Kantin ini dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah.
Saturday, 31 May 2014
Friday, 23 May 2014
KEM BESTARI SOLAT (KBS) 2014
Cgu Norasmah bersama murid yang menyertai KBS
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Panitia Agama Islam Sk Kesapang telah melaksanakan Aktiviti ini secara intensif dengan dibantu oleh guru-guru yang telah dipilih. KBS ini telah dijalankan pada 24.05.2014 (Sabtu)
MESYUARAT LINUS
Guru Besar, Pn Aminah sedang mempengerusikan mesyuarat.
Agenda yang dibincangkan adalah berkaitan dengan keputusan ujian Saringan 1 dan tindakan serta program susulan yang akan dijalankan. Satu perjumpaan ibubapa murid LINUS akan diadakan pada 26.05.2014.
Labels:
MESYUARAT LINUS
SAMBUTAN HARIJADI MURID PRASEKOLAH 2014
Satu kelainan Sambutan Harijadi kanak-kanak Prasekolah Sek.Keb. Kesapang pada tahun 2014 ialah dengan mengadakannya diluar bilik darjah. Guru Prasekolah Pn Jumiyatie Cacho memaklumkan sambutan harijadi ini dibuat bersama ibubapa kanak-kanak prasekolah. Dalam ucapan alu-aluan , Guru Besar SK Kesapang, mengharapkan dengan cara begini kanak-kanak akan lebih gembira dan bersemangat untuk hadir ke sekolah. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah PK KOKUM, Pn Jaliha Dullah, PK HEM, Cik Jilan Jamlin, guru-guru dan ibubapa .
Wednesday, 14 May 2014
KURSUS DALAMAN PENAMBAHBAIKAN PBS
Guru-guru Sk Kesapang telah mengadakan kursus dalaman mengenai penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 14.05.2014 bertempat di Pusat media Sk Kesapang. Sesi taklimat dan ceramah disampaikan oleh Pegawai Meja PBS, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud, En Gaur Wahid. Kursus dalaman ini dihadiri oleh Guru Besar, Penolong-penolong kanan dan semua guru Sk Kesapang.
Sunday, 11 May 2014
PEMANTAUAN SISC+ ( BAHASA) PPD KOTA BELUD
12/05/2014 - wakil Unit SISC+ PPD KOTA BELUD melakukan pemantuan fail panitia Bahasa. Kelihatan dua orang pegawai SIS+ PPD Kota Belud tn Maspah dan tn. Edward sedang berbincang dengan Pn. Aminah Hj Ismail, Guru Besar Sk Kesapang.
PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA PESERTA PERKHEMAHAN PERINGKAT NEGERI
PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA PESERTA PERKHEMAHAN PERINGKAT NEGERI
Perhimpunan Mingguan ( Isnin) - Guru Besar SK Kesapang, Pn Aminah Hj Ismail, menyampaikan sijil penyertaan kepada 4 orang murid peserta Perkhemahan Bina Insan diadakan di Kem Malanggang Kiulu, Tuaran. Seramai 4 orang pelajar SK Kesapang menyertai program ini dengan sorang guru pengiring.
2. Noor Syamimi Syazwani Mohd Suffian
3. Nur Syahirra Matsah
4. Nazwatul Nadila Azland
Guru Pengiring :
Cikgu Norasmah Hj Rashkin.
PROGRAM PERKHEMAHAN BINA INSAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI
SK KESAPANG, telah menyertai program Perkhemahan Bina Insan Sekolah Rendah Peringkat Negeri pada 6/05/2014 hingga 9/05/2014 yang diadakan di Kem Malanggang Kiulu, Tuaran. Seramai 4 orang pelajar SK Kesapang menyertai program ini dengan sorang guru pengiring.
1. Norshadillah Asnuh
2. Noor Syamimi Syazwani Mohd Suffian
3. Nur Syahirra Matsah
4. Nazwatul Nadila Azland
Guru Pengiring :
Cikgu Norasmah Hj Rashkin.
1. Norshadillah Asnuh
2. Noor Syamimi Syazwani Mohd Suffian
3. Nur Syahirra Matsah
4. Nazwatul Nadila Azland
Guru Pengiring :
Cikgu Norasmah Hj Rashkin.
Friday, 9 May 2014
MESYUARAT PIBG SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2014
SK KESAPANG, akan menyambut HARI GURU pada 19.05.2014-20.05.2014. Sambutan hari guru ini dianjurkan bersama oleh PIBG. Ekoran itu satu mesyuarat pembentukan AJK Pelaksana telah diadakan.
Wednesday, 7 May 2014
LIRIK LAGU GURU MALAYSIA
Lirik Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan
JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2014
Jadual pembayaran gaji bagi tahun 2014.
JADUAL DAN TARIKH PEMBAYARAN GAJI 2014 (KAKITANGAN AWAM)
| ||
BULAN
|
TARIKH
|
KETERANGAN
|
Januari
|
23 Januari 2014
Khamis |
Tahun Baru Cina
31 Jan – 1 Feb 2014 |
Februari
|
25 Februari 2014
Selasa | |
Mac
|
25 Mac 2014
Selasa | |
April
|
24 April 2014
Khamis | |
Mei
|
22 Mei 2014
Khamis |
Pesta Kaamatan
30 – 31 Mei 2014 |
Jun
|
25 Jun 2014
Rabu |
Hari Gawai
1 – 2 Jun 2014 |
Julai
|
22 Julai 2014
Selasa | |
Ogos
|
25 Ogos 2014
Isnin | |
September
|
25 September 2014
Khamis | |
Oktober
|
16 Oktober 2014
Khamis |
Deepavali
23 Oktober 2014 |
November
|
25 November 2014
Selasa | |
Disember
|
18 Disember 2014
Khamis |
Hari Krismas
25 Disember 2014 |
Labels:
JADUAL GAJI 2014
Tuesday, 6 May 2014
LENCANA SEKOLAH
LENCANA SEKOLAH
IJAZAH- ILMU
GARIS MELINTANG – KEJUJURAN TANPA SEMPADAN
GARIS TENGAH - KESAMARATAAN
BULATAN 1 – KERJASAMA DAN KESUNGGUHAN
BULAN DAN BINTANG – AGAMA ISLAM
BULATAN 2 – KESEPAKATAN DAN PERPADUAN
GELANG - KECERGASAN
OBOR - BERSEMANGAT
BULATAN GASING – PUTARAN KEHIDUPAN
COGAN KATA
“RAJIN DAN BERUSAHA”.
TAFSIRAN LOGO SEKOLAH
1. Warna Merah melambangkan keberanian berusaha mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
2. Warna kuning adalah menggambarkan perpaduan dan keharmonian masyarakat
berbilang kaum.
3. Warna Hijau kesucian agama Islam.
4. Warna Putih melambangkan kebersihan dan kesucian jiwa dan cita-cita pelajar untuk
mencapai kehidupan yang benar-benar sempurna.
5. Warna Biru perpaduan guru, murid dan komuniti setempat
Labels:
LENCANA SEKOLAH
Monday, 5 May 2014
Thursday, 1 May 2014
LINUS
Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.
DEFINISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI
TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.
12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
KEMAHIRAN ASAS NUMERASI
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai
12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI
Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.
Labels:
LINUS
TIGA GELOMBANG TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
TIGA gelombang pembaharuan yang bertujuan meningkatkan prestasi sistem pendidikan negara ditetapkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun bermula tahun depan hingga 2025.
Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menjelaskan, menerusi Gelombang Pertama membabitkan tahun pelaksanaan 2013 hingga 2015, sasaran diletakkan bagi menambah baik kualiti pendidikan negara supaya setanding dengan pencapaian purata global.
Subscribe to:
Posts (Atom)